DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Monday, 4 April 2016

KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU [BAB 8 & BAB 9]

KLIK! 
PENGANTIN MUSIM SALJU


BAB 8

Cun habis, bro! Memang tak sia-sia lah aku ke mari. Anak mataku berlari dari satu kamera antik ke satu lagi kamera antik yang berada di dalam almari kaca yang sangat besar ini. Tidak puas rasanya kerana hanya dapat meneliti dengan mata kasar sahaja. Kalaulah tak dapat memiliki kesemuanya, dapat pegang pun jadilah. Kamera-kamera antik dan klasik dari jenama Leica kurenung dengan penuh perasaan dan minat. Aku masih ingat berita yang aku terima tahun lepas. Ada kamera antik dari jenama Leica yang dihasilkan pada tahun 1923 telah dibeli pada harga 2.16 juta Euro di satu sesi lelongan di Vienna, Austria, menjadikan kamera itu kamera termahal pernah dijual dalam dunia ni. Perghhh..aku hanya mampu memandang kamera-kamera antik ini dengan penuh rasa teruja dan kagum. Tapi, untuk malam ini, bukan kamera antik jenama Leica yang aku cari. Tapi ada yang lebih cool!

Selari dengan mata yang bergerak ke kanan, kaki juga turut sama melangkah ke arah kanan. Senyuman di bibir semakin melebar apabila terpandangkan satu-satunya kamera kayu yang berada di bahagian hujung almari kaca ini. Terus sahaja aku menerpa ke situ.



“Perfect!” Terjerit kecil aku jadinya. Tidak aku pedulikan lagi suasana sekeliling.

“You love it?”

“Of course! I have been targeting this for ages! Henry Clay wooden camera by American Optical Company yang dihasilkan somewhere around 1890’s ni memang cool habis dan yang penting, sangat rare, okay! Hand-built, bro! I already owned Pearsall Compact Camera..kamera kayu jugak.. another one is 1882 Blair Tourograph by Blair Tourograph & Dry plate Company. Phew..this Henry Clay is just too perfect for me not to collect!!” Tanpa sedar, dengan bersungguh-sungguh aku berkata begitu. Mata tidak berganjak walau seinci pun dari kamera kayu yang terletak kemas di dalam almari. Dengan penuh keasyikan aku meneliti setiap lekuk kamera antik tersebut.

Aku mesti dapatkan kamera antik ni, by hook or by crook! Tekadku di dalam hati.

“So, you love it that much, ha?”

Mendengar suara itu kali ini membuatkan aku tersedar dan tersentak seketika. Mata kupejamkan sedikit sambil mengetap bibir. Ya ampun..memang betul-betul ada orang sedang bercakap dengan aku ke sekarang ni? Terus sahaja aku menoleh ke kiri.

Adam Putra! Matanya sedang merenung ke arahku dengan penuh fokus membuatkan aku terus sahaja meraupkan wajah. Erghhh..bikin malu je la kau ni Kay! Apa yang kau bebel-bebel tanpa sedar kat mamat ni tadi? Adoiii..masalah ni! Wajah terus kumasamkan.

“Haih..kenapa awak ikut saya?” 

Tiba-tiba sahaja soalan itu terlepas dari bibir. Dah terlepas, maksudnya tak sempatlah nak tarik balik. Lelaki yang sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket ini terus ketawa kecil. Sedikit sinis bunyinya.

“Perasan!”

Buk! 

Seperti jantung terlepas ke karpet. Itulah yang aku rasakan apabila mendengar jawapannya. Perasan? Erk…macam mana kau boleh fikir dia ikut kau? Adoi..!

Dengan wajah yang sudah pun tebal seinci, aku mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket gaun. Ye, aku takde masa nak bawak beg tangan segala! Nasib baik gaun labuh ni berpoket, dapat juga aku letak telefon bimbit. Selamba sahaja aku merakam gambar kamera kayu pujaan hatiku ini sebelum menjeling sekilas ke arah Adam yang masih leka memerhati gerak geriku.

“I need to go. Bye!” Ujarku dan terus meninggalkannya di situ.

Dari kejauhan aku ternampak kelibat Mel yang sedang menuju ke mari. Dengan pantas aku mendapatkannya. Sebelum sempat gadis ini bersuara, terus sahaja aku menunjukkan gambar kamera antik yang aku rakam sebentar tadi kepada Mel.

“Mel..aku dah tengok kamera tu. I am aiming for this wooden camera! Cool kan?” Ujarku. 

Mel pula, dengan penuh teruja terus merampas telefon bimbit dari tanganku. Bulat matanya memandang gambar kamera antik yang tertera pada skrin telefon bimbit.

“Woww..cool gila Kay! Makin meriah la koleksi antique wooden camera kau lepas ni.” Dengan penuh asyik dia berkata begitu. Aku terus menganggukkan kepala kepadanya.

“Of course..of course!” Aku menjerit kecil, penuh keriangan.

“Jom lah kita ke sana. Aku nak tengok sendiri dengan mata aku kamera impian kau ni.” Tiba-tiba sahaja dia menarik lenganku. Aku pula terus menggelengkan kepala.

“Ehh..tak perlu kut..tak perlu! Kau boleh tengok kejap lagi kan..masa acara lelongan tu berlangsung. Baru thrill!” Dengan bersungguh-sungguh aku berkata begitu.

 Yang pastinya, aku tidak mahu bertembung dengan Adam Putra lagi. Sudah-sudahlah jantungku buat hal. Sudah-sudahlah aku hanyut dalam renungannya yang penuh misteri itu. Sudah-sudahlah, Kay!
Ada riak tidak puas hati di wajah Mel ketika ini. Terus sahaja aku buat muka manja. Terpaksa, bro.

“Aku lapar la Mel. Jom makan desserts.” Ujarku sambil memegang perut. Yes, berjaya! Wajah Mel tiba-tiba sahaja ceria kembali. Mel, memang sukakan desserts.

“Jom!”

 Terus sahaja tangannya menarik lenganku menuju ke bahagian tengah ballroom. Aku hanya mengikut sahaja jejak langkahnya. Sesekali aku cuba mencuri pandang jauh ke belakang sana. Adam Putra sudah tidak kelihatan di situ nampaknya. Ke mana dia pergi?
Kay! That's none of your business!
Apa kau pedulik?
Untuk kesekian kalinya aku bengang dengan diri sendiri malam ni!

***

Mel memang tak boleh tengok desserts. Kalau mak si Edry, bakal mak mertuanya lalu kat depan pun silap-silap dia tak perasan! Ehh..tapi dia bukan tahu makan aje. Buat desserts pun pandai, beb! Siapa dapat Mel memang untung gile kut. Serba-serbi tahu. Tak macam aku. Nak goreng ikan pun riuh sekampung. Nafas kutarik dalam-dalam sambil menjungkitkan bahu. Alah..bukan mati pun tak tahu masak. Apa susah, beli aje lah kat kedai. Nampaknya kehebatan Mel di dapur belum cukup untuk buat aku insaf.

Ada segaris senyuman bertamu di bibir apabila melihat keasyikan Mel menjamu selera. Dengan piring kecil berwarna putih di tangan, satu persatu desserts dicubanya sambil terus melangkah mengelilingi kawasan yang penuh dengan pelbagai jenis pemanis mulut ini. Riak wajah Mel memang tak boleh blah. Pelbagai reaksi dibuatnya ketika merasa pemanis-pemanis mulut yang terdapat di sini. Memang dia betul-betul menikmati segala benda yang berada di dalam mulutnya ketika ini. Terliur pulak aku jadinya.

Mataku terus berlari ke arah pemanis mulut-pemanis mulut yang disusun cantik. Crème brûlée, panna cota, tiramisu, pavlova, chocolate soufflé, puding..perghhh…terlalu banyak kalau nak disenaraikan. Semuanya ada! Just name it.

Aku melangkah ke meja sebelah kiriku yang menempatkan pelbagai jenis pavlova. Rugi pulak kalau datang tapi tak makan! Tangan yang baru sahaja hendak mencapai piring kosong terus kaku apabila mataku berlaga dengan mata milik seseorang.

Isk! Lagi-lagi dia.

Dia juga nampak seperti tidak menyangka akan bertemu denganku di sini pula. Dalam ramai-ramai manusia dalam ballroom ni, apehal lah aku asyik terserempak dengan mamat ni je? Pelik bin ajaib bin ganjil betul! Serius dan masam sahaja wajah milik lelaki ini. Dia kulihat sedang melangkah merapatiku. Sebelah keningnya terjungkit ke atas ketika anak matanya memanah tepat ke dalam mataku.

“Haih..kenapa awak ikut saya?“

Sinis betul bunyi soalan itu. Bila masa pulak aku ikut dia? Perasan. Bibir kuketapkan. Sah, soalan yang sama ditanya, seperti soalan yang aku lontarkan kepadanya ketika memerhati kamera antik tadi.
 Ohhh..eksyen ye kau! Nak pulangkan paku buah keras balik kat akulah ni.

“Perasan!! Takde masa kut saya nak ekori awak.” Gumamku perlahan dengan wajah yang masam. Kayyy! 

Dalam hati bukan main bertempik. Sekali keluar suara, perlahan gila. Apa yang kau takut sangat dengan dia ni? Seperti biasa, aku memarahi diri sendiri.

“Exactly! That was exactly how I felt just now. Masa kau tuduh aku ikut kau tadi.”

Pffft!! 

Kan aku cakap, dia nak pulangkan paku buah keras kat aku. Aku hanya membatukan diri sahaja. Tanganku lincah mencapai piring. Walaupun jiwa sudah kembali tidak tenteram dengan muzik  jantung yang merimaskan jiwa, aku tetap berlagak selamba. Sekeping pavlova yang yang dihiasi dengan krim yang agak tebal dan pelbagai jenis buah di atasnya aku capai. Baru sahaja hendak berlalu dan mencari kelibat Mel, dia bersuara.

“Kau pengumpul kamera antik ke?”

Dengan wajah yang masih masam, aku terus sahaja memandang ke arahnya.

“Yes, why?” Soalku.

Belum sempat dia menjawab, mataku terpandangkan kelibat si gedik, tunang Adam Putra! Mampus! Bulat matanya menjegil ke sini sambil bercekak pinggang.

KARLISHA ZANDRA


“Alamak bro..bala dah datang!” Ujarku sambil menggelengkan kepala.

Baik aku blah dari sini sebelum kawasan ni jadi medan perang. Malas aku nak bertekak dengan si gedik tu.

“Bala? Who? Your friend?” Mata dikecilkan sedikit. Isk dia ni..ingat bala tu lelaki India bernama Bala ke? Boleh mereng aku macam ni!

“Your precious fiancee!” Jawabku.

“Eeee..saya tak sukalah rapat-rapat macam ni dengan tunang orang. Cau dulu, bro. Bye.” Sambungku dan mula melangkah untuk berlalu. 

Mata yang sedang melilau mencari kelibat Mel terus kuhalakan ke belakang apabila lengan kananku dicekak saat ini.

“Heyy perempuan!”

Panggilnya dengan sinis.  Terus sahaja aku merentap lenganku dari pegangannya. Mata kami bertikaman seketika.Aku mengepal kedua-dua belah tangan dengan rasa geram yang membukit. Berani perempuan ni sentuh-sentuh aku! Ada yang aku tumbuk jugak muka dia ni karang.

“Kay..apehal ni?” Mel yang baru sahaja sampai terus menyoalku soalan itu dengan wajah yang sangat blur.

Mata yang tadinya mencerlung tajam wajah perempuan gila ini kularikan ke arah Mel.

“Let’s go!” Ujarku pendek kepada Mel yang masih lagi termanggu-manggu.

Ah, buat apa aku nak buang masa dan tenaga bergaduh dengannya? Baik aku berambus dari sini. 
Sebaris senyum sinis kuukir di bibir sambil menggelengkan kepala. Karang layan minah ni, tak sempat pulak nak sertai acara lelongan kamera tu nanti.
Baru sahaja kami melangkah setapak, kedengaran suara Adam berkumandang membuatkan aku menoleh ke belakang. Haa..datang pun kau. Sekolahkan sikit awek kau ni!

“Lish..what are you doing here? ”Adam Putra yang sudah pun berdiri di sisi si gedik bersuara dengan tegas.

“I tak buat apa pun..I cuma nak berkenalan dengan kawan you ni. Tak salah kan?” Manja sekali nada suara Lish ketika ini. Kepalanya dilentokkan pada bahu Adam. Adam pula yang nampaknya tidak selesa dengan gelagat si gedik ini terus menjarakkan dirinya sedikit.

“Kay, jom kita blah. Kejap lagi acara lelongan tu dah nak mula.” Lenganku dicuit oleh Mel saat ini. Terus sahaja aku mengangukkan kepala.

“Jom..jangan  layan si gedik tu. Makin menjadi pulak nanti.” Bisik aku kepada Mel. 

Mel, bersama wajah yang masih dipenuh tanda tanya hanya mampu menganggukkan kepala sahaja saat ini. Baru sahaja kami ingin melangkah, terasa lenganku seperti ditarik seseorang.
Terus sahaja aku menjeling tajam ke arah perempuan itu. Sengaja aku membiarkan tanganku berada di dalam genggamannya. Gagah sangat ke? Nak tengok sejauh mana dia ni nak meroyan.

“Lish! What are you doing? Let her go!” 

Adam Putra, dengan wajah yang sangat tegang terus masuk campur. Takut aku debik tunang dia lah tu.

Sedaya upaya dia meleraikan genggaman kuat Lish di lenganku. Aku pula masih membatu.

“I haaaappy sangat dapat berkenalan dengan you malam ni.” Bicaranya dengan sangat sinis. Belum sempat aku membuka mulut, dia bersuara lagi.

“Dah puas menggatal dengan tunang I?” Soalnya kepadaku.

Sudah ada beberapa mata yang memandang membuatkan aku menjadi semakin tidak selesa. Mel pula terus menutup mulutnya. Dengan bahagian atas wajah yang bertopeng dia menjerkah.

“Hoi! Bila masa pulak kawan aku ni menggatal dengan boyfriend kau? Kenal dia pun tak. Gila la kau ni!” Mel yang tidak tahu apa-apa terus sahaja menyerbu.

“Lish! It is not like what you think!” Bidas Adam Putra dengan geram.

“Excuse me, I really need to go. Bye.”

Aku cuba untuk melangkah namun si gadis ini terus mendepakan tangannya dan menghalang aku dari pergi. Ikutkan aku, sudah lama aku kilas lengan gadis ini seperti yang kulakukan kepada atuk tadi tetapi aku tidak mahu buat kecoh.

“No..you are not going anywhere. Told you..the game is not over yet.” Bisiknya sambil tersenyum sinis. 

Tanpa aku duga, dia mencapai sekeping pavlova yang penuh krim dan buah dan terus membalingnya ke arahku!

Minah ni memang gila!

“Ha…amik kau!”Jeritnya.

Mel pula terus menarik lenganku ke belakang.

Ini Kay lah! Terus sahaja aku mengelak. Kurang ajar betul dia ni. Bersepai pavlova yang tidak berdosa di atas karpet. Orang ramai sudah mula mengelilingi kami.

“Eh eleh, apa barang baling pavlova? Kalau berani, meh tumbuk muka aku yang macho ni.” Bidasku sambil ketawa sinis. Sengaja nak kasi minah tu bertambah meroyan.

“Lish! Jom balik!” Kedengaran suara Adam Putra menjerkah kekasih hatinya sambil tangannya menarik lengan gadis itu untuk pergi dari sini.

Tapi, Lish yang lincah tu sempat mencapai sekeping lagi pavlova. Aku relax aje..haa..balinglah! Baling! Senyuman yang maha sinis kuberikan kepadanya membuatkan dia terus sahaja dia membaling pavlova itu ke arahku sekali lagi. Seperti biasa, aku sempat mengelak. Begitu juga dengan Mel.

Tapi..Adam Putra!

Alamak! Bagaimana pula pavlova itu melekat di dada Adam Putra. Aku dan Lish, sama-sama tersentak. Bulat mataku memerhati krim dan cebisan buah-buahan yang mengotori baju Adam. Adam Putra yang nyata terkejut  hanya membatu. Lish terus sahaja merapati lelaki itu dengan wajah yang sangat bersalah. Dapat kudengari dia memohon maaf daripada Adam.
Kesempatan yang ada aku harus pergunakan dengan sebaiknya. Dia ni betul-betul dah lebih. Dengan pantas aku mencapai dua keping pavlova dan aku baling kedua-duanya tepat ke wajah Lish.

Nak sangat kan!

“Arghhh tak guna!” Menjerit sakan gadis itu.

Seronok pula melihat Lish naik hantu. Kedua-dua belah tangannya cepat-cepat menepis krim putih dan cebisan buah-buahan yang menutupi wajah sombongnya itu. Reaksi Adam tidak pula kuperhatikan. Puas hati! Nak sangat kan cari fasal dengan aku.

“Jom Mel. ”

Tanpa membuang masa. Aku terus menarik lengan Mel yang kelihatan masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi.

“Kay..apa dah jadi ni, babe? Isk..apehal dia hangin sangat dengan kau?” 

Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Mel. Bersama tangan yang masih menarik lengan Mel, aku hanya diam sahaja dan terus melangkah.

Kedengaran suara perempuan  itu meroyan di belakang sana, namun tidak aku layan. Laju sahaja kaki berlari keluar.

“Kay..macam mana dengan auction kamera antik tu? Comot-comot begini, kau masih nak attend ke?”

Soalan Mel  di  luar ballroom yang agak sunyi ini membuatkan aku tersentak. Terus sahaja aku menarik lengan Mel ke suatu sudut yang sepi.

“Mana boleh macam tu! Kau je la yang pergi. Dapatkan kamera yang aku nak tu.  Kau selalu je handle kan benda-benda macam ni. Aku tunggu kau kat sini.” Dengan bersungguh-sungguh aku berkata begitu kepada Mel.

“Tapi, kau okay ke sorang-sorang kat sudut ni? Sunyi semacam je babe. Kau tunggu aku kat lobby je la.” Ada riak risau di wajah Mel. 

Ah, ni mesti dia takut aku diserang oleh perempuan gila tu lagi.

“Isk, kau janganlah risau. Aku Kay lah! Nanti dah dapat kamera tu kau roger aku. Just call me.” 

Cepat-cepat aku meyakinkan Mel yang kulihat sedang membetulkan shawl di kepalanya. Apabila pandangan mata kami bertemu, terus sahaja dia ketawa besar. Sepaket tisu dikeluarkan dari tas tangannya.

“Nah, lap tangan tu. Macam budak-budak, bergaduh baling pavlova!” Ujar Mel yang terus menghulurkan sepaket tisu kepadaku.

Kau jangan nak gelakkan aku sangatlah. Baik kau gerak sekarang. Acara lelongan tu dah mula babe.”

 Terus sahaja aku bercekak pinggang. Mel, memang kalau dilayan, semakin menjadi. Bersama sisa ketawa, dia mengangukkan kepalanya.

“Okay. Take care.” Aku terus sahaja mengangukkan kepala sambil memerhati kelibat Mel yang sudah pun meninggalkan aku. 

Dengan perlahan-lahan aku bersandar pada sudut yang terlindung ini. Sesekali kedengaran suara-suara yang sedang berbual di hadapan pintu ballroom. Nafas berat kuhela dan aku mula melabuhkan punggung di atas lantai yang dilapik karpet berwarna merah hati ini. Kasut tumit tinggi yang kujinjing kemas dari tadi kuletakkan dengan cermat si sebelah kananku.

What is wrong with you, Kay. Seriously, what is wrong with you tonight?

Ada keluhan berat terbit dari bibir saat ini. Kerana lelaki tu, tak fasal-fasal kau kena bergaduh baling-baling pavlova. Apa kelas. Kalau acara baling lembing ke, baru rock. Terus sahaja aku ketawa kecil. Ah, si Lish tu bengkek  dengan aku fasal tak dapat curi baju pengantin arwah ibu sebenarnya.
Terbayang raut wajah Adam Putra di fikiranku. Serentak dengan itu juga jantung berdegup laju. Dengan pantas aku memegang dada dan jariku tersentuh loket hati yang tergantung di dada.

Rantai ini benar-benar menyedarkan aku dari mimpi. Terus sahaja aku membuka rantai emas dengan kasar dari leher. Rantai halus berloketkan hati di tangan kuperhatikan dengan rasa yang bercampur baur. Rantai yang sama pernah hilang suatu ketika dulu dan umi menggantikannya dengan rantai yang baru. Sama sebijik bentuknya dengan rantai yang lama. Aku meraupkan wajah. Kay, jangan lalai lagi. Harga diri kau hampir-hampir diragut dengan cara yang paling hina satu ketika dulu oleh makhluk bernama lelaki. Kau tak serik ke Kay? Aku mula berang dengan diri sendiri. Jemariku semakin kurapatkan menutup wajah.

Sudah!

Kepala kugelengkan sedikit. Kaseh Latifa telah hilang bersama rantai yang hilang itu dan kini yang ada hanya Kay. Ingat Kay, Kaseh dah mati dan serentak dengan itu, dendam terhadap lelaki tak pernah padam. Terus sahaja aku melemparkan rantai tersebut ke lantai. Rasa marah dengan diri sendiri yang cuai sejak berjumpa Adam Putra. Sepasang mata itu hampir sama dengan sepasang mata milik dia. Milik seseorang yang Allah hantar untuk membantuku satu ketika dulu. Lelaki yang tak aku tahu apa-apa langsung tentangnya. Lelaki yang terlalu aku ingin jumpa sejak 10 tahun yang lepas. Memang mustahil!

Kay, please stay sane! Semakin kuat jemariku menekan wajah. Adam Putra bukan lelaki itu. Kalau ya pun, apa alasan kau untuk hanyut dengan renungannya itu?

“Are you okay?”

Bergetar hebat jiwa apabila mendengar suara itu. Struktur ayat dan nada suara memang sama seperti yang pernah kudengar 10 tahun lepas. Malah sentiasa terngiang-ngiang di telinga sepanjang 1 dekad ini. Terketar-ketar  aku meleraikan jemariku dari wajah. Mataku bertemu dengan anak mata milik lelaki di hadapanku ini. Terpampang jelas riak risau pada renungan tajamnya. Dalam genggamannya pula, ada seutas rantai yang sedang berkilauan. Rantai milik aku yang kucampakkan tadi. Aku mengecilkan mata merenung kembali ke arahnya dan dengan perlahan-lahan aku bersuara.

“Adam Putra??”



***
BAB 9


Don’t be ridiculous, Kay! Aku memarahi diri. Tak mungkin Adam Putra adalah lelaki itu. Kau hanya ingat sepasang mata itu sahaja Kay. Itu sahaja! Tidak keseluruhan wajahnya. Sesiapa pun kau boleh nampak macam lelaki misteri tu. Keluhan berat kulepaskan. Tidak pula aku kira sudah berapa minit aku berada dalam keadaan begini. Yang pastinya, semua rasa benci, dendam dan kecewa telah terbang saat ini. Saat suara Adam Putra menampar gegendang telingaku, entah ke mana terbangnya rasa-rasa hitam itu.

Hilang.

Hilang! Dia ni ada calit minyak guna-guna agaknya? Berkerut-kerut dahiku memikirkan betapa lemahnya aku di hadapan lelaki ini sambil kalut membersihkan air mata yang membasahi wajah. Muka masih lagi kubenamkan pada lutut. Belum ada daya hendak mengangkat wajah. Takut dia perasan pulak aku menangis. Buat malu je kut! Untuk sekian kalinya aku dengan gigihnya menenyeh mata pada baju gaun yang membaluti lutut. Biar tidak ada sisa tangisan yang tinggal.

“What are you doing here? Tak balik lagi?”

 Penuh prihatin sekali bisikan suara Adam menerjah gegendang telinga. Tidak ada lagi nada-nada sinis. Begitu dekat sekali kedengaran suara itu.Haa..entah-entah dia cuba dekat-dekat dengan aku sebab nak ambil kesempatan. Terus sahaja aku mengangkat wajah.

“Are you okay?” Soalnya lagi sebelum sempat aku bersuara.

Walaupun tidak ada tanda dia hendak menggatal, aku tetap juga membuat isyarat tangan supaya dia menjarakkan sedikit dirinya dariku. Tersentak seketika dirinya namun tidak sampai saat yang ketiga, dia terus mengangkat kedua-dua belah tangannya.

“Okay..okay!”

Dia kemudian mengesot ke kanan,  menjauhi diriku sedikit.
Memang aku seorang perempuan yang penuh dengan prasangka terhadap lelaki. Trauma ini mungkin terpaksa kutanggung sepanjang hayat.

Aku menghela nafas berat. Di saat anak mata Adam bertemu dengan anak mataku, masalah lama sudah kembali nampaknya. Jantungku juga sudah semakin sumbang rentaknya namun aku kan Kay. 

Apa ada hal? Kay memang bijak cover bila tiba bab-bab perasaan ni. Kacang hijau je lah.

“I should be asking you that question. Apa awak buat kat sini?” Soalku dengan nada kurang senang yang dibuat-buat.

“Aku cari kau.” Penuh risau sekali getar suaranya.

Serentak dengan itu juga ada resah di dalam jiwa.

“Cari saya? But why?? For what?! Seriously, you don’t have to!” Tegas sekali nada suaraku. Soalanku tidak dijawabnya.

“I don’t know..” Bersama riak bingung dia bersuara membuatkan aku semakin tidak mengerti apa yang sedang terjadi antara kami.

Dapat aku lihat dengan jelas anak matanya memandang ke arah lenganku yang masih lebam gara-gara dicengkamnya semalam namun tidak ada kata-kata yang keluar dari bibirnya.Aku pula terus menutup kawasan lengan dengan tangan kananku. Perlahan-lahan Adam Putra merapatkan dirinya sedikit ke arahku.

“Is this yours?” 

Soalnya serius sambil mengangkat tinggi rantai milikku yang berada di dalam genggamannya. Sepasang mata miliknya kini sedang menjelajah ke segenap inci ruangan wajahku membuatkan getaran  di dada semakin menggila. Terus sahaja aku melarikan anak mata.

“Yes, why?? Ada masalah ke?” Serentak dengan itu aku merampas rantaiku dari genggamanya.

“It looks familiar. I’ve seen it before..” Wajahnya kulihat sedikit serabut ketika ini.

Biar betul mamat ni. Terasa hendak terlompat keluar jantungku saat ini. Aku terus membetulkan posisi tubuhku supaya menghadapnya dengan lebih jelas.

“Where? Kat mana??” Soalku dengan sangat serius.  Pantas Adam menggelengkan kepalanya.

“Aku tak tahu.”

Ini yang nak marah ni. Jawapan itu membuatkan aku semakin rungsing. Belum sempat aku memaksa dia untuk ingat betul-betul, suara Melissa menggegarkan suasana.

“Kay!”

Tercungap-cungap minah ni namun topeng di wajah masih maintain.

“Apehal kau ni? Macam baru kene kejar harimau je.” Aku terus bangun dan dengan berkaki ayam, aku merapatkan diri pada Mel.

“Dah ada orang sambar kamera tu!” Jawabnya separuh menjerit. Aku pulak bagai nak pengsan waktu ini.

“What???” Jeritku.

Setelah bersusah payah buang masa ke mari, yang aku dapat hanya penat! Mel kulihat memicit kepala dengan kasar. Habis senget-benget tudungnya.

“Seriously..aku sampai je tadi, dah ada orang yang dapat kamera tu! Sorry Kay..aku tak sempat. By the way we have to make a move now.” Pantas dia bergerak ke arah Adam yang sudah pun berdiri. 

Kasut tumit tinggi miliknya yang terdampar di atas lantai dikutip dan kemudian sebelah tangannya menarik lenganku. Baru aku perasan wajahnya merah padam saat ini. Mata pula berair teruk.

“Mel..you don’t look good? Kau okay ke ni? Kau nangis ke?”  Soalku sedikit lembut.

“Kay, papa aku accident! We really have to go now!” Ada sebak di dalam nada suaranya.

“Hah?”

Aku hanya mampu melajukan langkah kaki untuk mengikut rentak Mel.

“Yes..he is in the hospital now!” Ujarnya sebak. Ada linangan air mata membasahi pipinya buat kesekian kalinya. Terus sahaja aku merangkul bahu Mel untuk menenangkannya.

Sambil melajukan langkah kaki, sempat lagi aku menoleh ke belakang sana. Adam sudah tidak lagi kelihatan di situ. Aku menarik nafas dalam-dalam.

Adakah rantai yang pernah dilihatnya itu adalah rantai milikku yang hilang? Mengarut! Ah, mungkin tunangnya si Lish tu ada rantai yang lebih kurang sama. Lagipun rantai bentuk hati ni berlambak kat pasaran kut. Apa nak hairan?
***