**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Saturday 3 March 2018

PANAHAN CINTA MR. AGORAFOBIA [BAB 17, BAB 18 & BAB 19]



                                                       Baca bab 14  di sini :


Baca bab 15  & Bab 16 di sini :


NI BUKAN COVER SEBENAR TAU..PEMBACA YANG BUATKAN :)




BAB 17



Beratnya rasa kepala otak aku ni. Nampaknya rancangan televisyen yang sepatutnya menghiburkanku tak mampu berbuat demikian saat ini. Anak mata hanya merenung kosong ke arah bantal di atas riba. Sah lah aku dah masuk dalam kategori jiwa kacau! Memang  dah tak senang duduk ni. Mana tidaknya, sebab aku lelaki itu hampir-hampir terkena serangan panik pagi tadi. 

Bagaimana dengan keadannya ya? Nasib baiklah dia cepat melarikan diri dari kawasan taman tu. Kalau lelaki bertubuh tegap tu pengsan tadi? Ha, tak ke haru? Aduh..aku mengeluh lagi.Agak-agaknya dia akan lancarkan perang dingin tak dengan aku di pejabat isnin nanti? Aku menopang dagu sambil merenung ke arah Didee yang sedang menonton televisyen.

"Dee..aku tak sedap hati.." Luahku.  

"Dah kenapa pulak?"

Riak pelik Didee tayang padaku. Bantal kecil dipeluknya dengan sedikit kemas.

"Kau tahu kan kisah aku dengan Tuan Faleeq pagi tadi?" Soalku sambil menggaru kepala yang tak gatal!

"Thalia..kisah kau dengan Tuan Faleeq ni bukan baru bermula pagi tadi. Tapi, lama dulu lagi. Sejak kau pengsan di kilang dia tu." Ucap Didee. Aku mulalah mengerutkan wajah.

"Korang ni macam..berjodoh. Tau tak berjodoh? Ha..walaupun sorang lari ke kutub utara, sorang lari ke kutub selatan pun, aku yakin korang akan terjumpa juga somewhere in the middle. Fated to be together gitu.." 

DHIA DHALILA [DIDEE]


Tersenyum-senyum dia bersuara. Mampu membuatkan aku menggigit bibir dengan geram.


"Ya ampun! Apa yang kau mengarut ni, Dee? Tiba-tiba sampai bab jodoh pula?!" Omelku dengan geram. Aku terus bangun dari sofa. Anak mata merenung tajam ke arah gadis itu.

"What? Fated to be together? Aku bukan cakap tentang jodohlah! Isk..sembang dengan kau ni memang boleh buat aku darah tinggi!"Gerutuku dengan geram. Didee siap ketawa lagi lihat reaksi aku.

"Lah..janganlah marah. Kalau kau risau sangat keadaan Tuan Faleeq tu, pergilah hantar pasta ke..tanya khabar ke..nama pun hidup berjiran. Takde salahnya berbuat baik sesama jiran."  Cadang gadis itu dengan selamba. 

Aku terdiam seketika. Ada betulnya juga kata-kata Didee tu. Daripada aku serabut kat sini, baik aku pergi lihat sendiri keadannya. Tudung yang tersidai cantik di atas sofa aku capai dan aku sarungkan ke kepala.

"Pasta yang kita masak for lunch tadi masih ada lagi tak?" Soalku yang sudah mula melangkah ke arah dapur.

"Ada je.." Terdengar laungannya di belakang sana.
Sesampai sahaja di dapur, aku terus menerpa ke arah meja makan.

 Tudung saji aku angkat dan aku bergerak ke arah kabinet untuk mencapai senduk dan mangkuk pula. Setelah itu, aku menyenduk sebahagian pasta dan aku masukkan dengan cermat ke dalam mangkuk kaca di hadapanku. Setelah menutupnya dengan sempurna, aku terus melangkah keluar dari ruangan ini. Didee sudah mula bercekak pinggang. 

"Oi..nak ke mana tu?" Soalnya yang kini muncul di ruangan ini. Mesti dia tak sangka aku betul-betul ikut cadangannya.

"Bawak diri!"

Sengaja aku berkata begitu dan terus menonong ke arah 
pintu. Didee aku tinggalkan dengan riak pelik di wajahnya. Harapnya dengan kehadiran pasta ini dapatlah menyejukkan sikit hati lelaki itu. Sambil-sambil itu dapatlah aku lihat keadaannya. Tapi, beranikah aku untuk berhadapan dengannya sebentar lagi?Jangan mangkuk terhempas ke lantai sudah! Mati aku dengan Didee nanti..maklumlah ini kan mangkuk pemberian kakaknya, Kak Yaya yang dibeli dari luar negara dulu.

***

Kedua-dua belah tangan memegang kemas mangkuk berisi pasta bersama dada yang sudah mula berdebar teruk. Betul ke apa yang aku buat ni? Aduh, tadi aku berani. Kenapa sekarang rasa takut pulak? Baik aku minta maaf. Kalau tak, pasti dia akan bertambah bengang dengan aku. Lagipun aku  betul-betul nak tahu tentang keadaannya. Nafas aku tarik dalam-dalam dan dengan teragak-agak, loceng pintu kutekan. Tak sampai seminit, daun pintu dibuka dari dalam. Serentak dengan itu juga jantung sudah tidak harmoni rentaknya. Tidak, bukan Tuan Faleeq yang berada di hadapanku tetapi Datin Sofia. Rambutnya yang dipotong paras bahu benar-benar membuatkan wanita ini nampak lebih muda dari usia sebenarnya.

"Assalamualaikum..Datin Sofia.." Aku bersuara dengan senyuman sumbing di bibir.

"Waalaikumussalam.." Ucapnya sambil tersenyum manis. Dia kemudiannya mengajakku masuk ke dalam. 

"Come on in.." Pantas aku menggelengkan kepala.

"Tak pe lah..saya cuma nak hantar pasta ni aje." Ucapku sambil menghulurkan mangkuk berisi pasta di tangan.

"Thank you..Faleeq loves pasta." Ujar Datin Sofia sambil mencapai mangkuk bersaiz sederhana besar dari tanganku.

"Er..Tuan Faleeq okay ke?" Teragak-agak aku bertanyakan soalan itu. Datin Sofia menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.

"Okay. Baru selesai berbual dengan Dr. Harun. He is in his room now. " Jawab wanita yang anggun dengan blouse putih dan skirt labuh berwarna biru muda di tubuh ini.
Aku terus menganggukkan kepala.

"Owh.." Hanya itu yang mampu keluar dari bibirku. Tak berani dah nak tanya lebih-lebih.Takut Datin Sofia ingat aku nak tackle anaknya pula nanti.

"Thalia.. for the first time Faleeq berjaya tenangkan diri tanpa mengambil xanax.." Ucapnya dengan gembira. 

Bersinar mataku merenung ke arah Datin Sofia.  

"Seriously? Alhamdulillah! That's a really good news, Datin Sofia." Ujarku yang turut sama menumpang gembira. 

Bukan aku tak tahu bagaimana sedihnya perasaan wanita ini dengan apa yang menimpa Tuan Faleeq. Tidak cukup dengan itu, Dato' Firas pula seakan tidak begitu memahami.

"Masuklah dulu..I nak alihkan pasta ni ke dalam pinggan. Kemudian bolehlah I pulangkan semula mangkuk you ni." Ucap Datin Sofia dengan lembut. Betul juga, takkan aku nak tercongok tunggu mangkuk kat depan pintu?

"O..okay.." Kepala kuanggukkan sedikit.Mahu tidak mahu, aku melangkah masuk juga ke dalam rumah. Bau wangian yang selalu dipakai oleh lelaki itu benar-benar mendominasi bahagian dalam kediamannya.

"Thalia tunggu di ruang tamu ya?" Soalnya kepadaku.

Aku pula hanya mampu menganggukkan kepala sahaja sambil melangkah ke ruang tamu yang luas terbentang di hadapan sana. Rekaan dalamannya memang menarik. Sophisticated and masculine! Bisik hatiku. Perlahan anak mata menjelajah ke seluruh pelusuk ruang tamu kediaman mewah milik Tuan Faleeq. Kaki kemudiannya melangkah ke sudut kanan ruang tamu. Ada sesuatu yang sangat unik. Bola-bola golf yang dijadikan hiasan di atas rak di sudut ini benar-benar menarik perhatianku. Teringat kata Adib yang lelaki ini suka main golf. Aku menarik nafas dalam-dalam..pasti dia sedih kerana tidak dapat lagi melakukan aktiviti kegemarannya. Diam-diam semakin membuak-buak simpatiku buat pemilik sepasang mata yang sangat menarik tersebut.

"Hey hey!"



Nasib baik aku tak terjelepuk kat atas carpet tebal ni! Dada kuurut sambil memalingkan tubuh. Kaku aku jadinya saat ini. Buntang mata memerhati ke arah tubuh tegap lelaki di hadapanku ini. Nasib tak pecah jantung. Pantas aku menutup mata dengan kedua-dua belah tangan.Dia ni tak reti pakai baju ke?

"What are you doing here? In my house?" Soalnya dengan kasar. Semakin kemas lekapan tangan pada mata.

"S..s.." Sumpah aku dah tak boleh keluarkan suara.
Mana tidaknya, lelaki itu hanya mengenakan tracksuit sahaja. Di tangannya ada dumbbell. Selamba aje bersenam kat ruang tamu ni!

"Dah kenapa dengan kau ni? Weirdo!" Bidasnya tidak puas hati.

"Faleeq..Thalia hantarkan pasta, your favourite food."

Mendengar sahaja suara itu, aku terus meleraikan tangan yang menutup mata. Datin Sofia kulihat mengerutkan wajah sebelum bersuara lagi.

"Alahai..lupa pula nak ambil mangkuk." Ujarnya dan dia terus mengilangkan diri dari ruangan ini.

Alamak..Datin..esok-esok pun takpe mangkuk tu! Saya dah tak sabar nak keluar dari sini! Aku terus melangkah laju tanpa memandang ke arah lelaki itu tetapi dengan selamba dia bergerak ke mari dan menghalang laluanku. Jantung pula berdegup laju.  Pantas aku melarikan anak mata ke arah lain.

"Hey hey! Look here! I am talking to you now." Bidasnya geram.

"Ala..cakap je la. Saya tak boleh pandang awak. Kecuali kalau awak pakai baju." Balasku sambil merenung ke sebelah kanan ruang tamu ini.

"Ustazah kau tak ajar ke yang bahagian atas pusat sampai kepala aku ni bukan aurat?" Soalnya sinis. Aku hanya mematungkan diri.

"Bukan ustazah tak ajar, tapi saya yang tak selesa!" Teragak-agak aku bersuara. Tanpa aku duga dia berbisik di telingaku.

"That's not my business!" Sinis sekali kata-katanya itu. Pantas aku mengundur selangkah ke belakang.

"What are you doing here?" Soalnya dengan kasar.

"Saya cuma hantar pasta.." Balasku.

"I don't like pasta and I don't like a nosy neighbour like you! Now, get out!"

Amboi! Menipu. Baru tadi Datin Sofia beritahu yang dia ni sukakan pasta! Mesti nak sakitkan hati aku ni. Kata-katanya itu berjaya membuatkan aku menoleh ke arahnya. Renungan tajam aku berikan kepada lelaki ini.

"Takpe la kalau tak nak..saya hantar pasta tu untuk Datin Sofia." Ucapku dengan sedikit sinis.

"Kau ni kan.."
Tak sempat dia melengkapkan ayat, kedengaran suara ibunya bergema di ruangan ini.

Fuh..lega! Pantas aku bergerak ke arah wanita itu.

"Thalia..thanks tau for the pasta." Ucap Datin Sofia sambil menghulurkan mangkuk. Beg kertas berwarna putih juga diberikan kepadaku.

"Err...apa ni Datin?" Anak mata berada pada beg kertas yang sudah berada di tanganku.

"Ada cookies kat dalam tu. Hope you like it." Ujarnya.

"Owh thank you..saya balik dulu Datin. Jumpa lagi ya..assalamualaikum."

Kelam-kabut aku bersuara. Tak selesa jadinya apabila berada dalam ruang yang sama dengan lelaki yang seksi seksa itu. Datin Sofia mengangguk kecil.

"Waalaikumussalam." Ucapnya kemudiannya.

Tidak menunggu dengan  lebih lama, aku terus melangkah 
laju menuju ke arah pintu. Datin Sofia juga turut menghantar langkahku sehingga ke muka pintu. Isk, terus hilang kata-kata maaf yang mahu aku luahkan kepada lelaki itu tadi gara-gara melihatnya begitu. Ternoda sudah penglihatan aku yang suci murni ni! Bersama mangkuk kosong di tangan kanan dan beg kertas berisi cookies pemberian Datin Sofia di tangan kiri aku melangkah ke arah kediaman sementara aku dan Didee. Loceng pintu kutekan dengan jantung yang semakin tenang degupannya. Sekelip mata pintu terkuak luas. Didee merenung ke arahku sambil tersengih-sengih.

"Baru balik berjumpa jodoh ke?" Soal Didee. Kaki terus meluru masuk ke dalam rumah.

"Isk! Kau jangan nak macam-macam Didee. Mood aku kurang bagus ni." Luahku dengan geram.

Kedengaran tawa gadis itu berderai di belakang sana. Mangkuk dan beg kertas aku letakkan di atas meja dapur dan aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Didee yang juga sudah berada di ruangan ini mengambil tempat di hadapanku.

"Thalia, pagi tadi aku nampak Dr. Aliff  ke kediaman Tuan Faleeq. Masa tu kau turun dengan Tuan Faleeq ke taman." Didee membuka bicara.

"Aku tahu.."

Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibirku saat ini. Didee mencapai gelas dan dia kemudiannya menuangkan air putih ke dalam gelas kaca tersebut.
Haaa tu satu lagi hal! Terngiang-ngiang perbualan aku dan Dr. Aliff pagi tadi. Bagaimana Dr. Aliff boleh tahu tentang aku? Tuan faleeq ke yang beritahu dia? Aku mula memicit dahi dengan kasar.

"Dee...." Anak mata merenung ke arah gadis yang bertocang satu itu.

"Apa??" Soalnya acuh tak acuh tanpa memandang ke mari. Nampaknya majalah di hadapannya tu lebih menarik perhatian.

"Aku peliklah..macam mana Dr. Aliff boleh tahu yang aku sibuk buat part-time cari duit untuk bantu family sebelum ni?" Soalan yang berlegar di minda aku luahkan pada Dee. Automatik dia memandang ke mari.

"Err..kenapa Thalia? Dr. Aliff marah kau ke?" Soalnya sedikit cemas sambil menggigit bibir. Didee terus menutup majalah di atas meja. 

Cawan air dicapai dan dihirup sedikit air suam tersebut. Aku pula menarik nafas dalam-dalam.

"Sebenarnya aku terserempak dengan Dr. Aliff pagi tadi." Aku mula bercerita.

"Then?" Soalnya sambil mencapai balang berisi campuran kacang dan buah-buahan kering.

"Dia ajak aku jumpa di Sky Garden kat tingkat 17 tu..dan dia minta maaf dengan aku."

Didee terus tersengih dengan lebar. Sejemput kecil kacang dimasukkan ke dalam mulut.Aik, Didee tak terkejut pun?

"Haa okay la tu! Apahal serabut sangat ni? Patutnya kau happy je!" Ujarnya sambil menggelengkan kepala ke arahku. 

Tak jadi aku nak capai cawan di atas meja. Wajah Didee aku pandang untuk seketika sebelum membuka mulut.

"Tak..aku cuma pelik..Tuan Faleeq ke yang beritahu Dr. Aliff tentang aku?" Soalku sedikit blur. Didee terus meraupkan wajah beberapa kali. Nampak wajahnya dah macam ayam berak kapur pulak.

"Thalia..sebenarnya aku yang beritahu dia." Takut-takut dia bersuara.Bulat mataku menjegil ke arahnya.

"Dee!! Dah kenapa kau bagitahu dia??" Soalku sedikit tidak puas hati. Kalau boleh aku tak mahu heboh-heboh tentang kisah hidup aku.

"Sabar..dengar dulu. Sebenarnya dah lamalah aku beritahu dia.Sebelum cuti semester lagi. Aku buat macam tu sebab aku kasihankan kau. Bukankah masa tu kau tengah kusut sebab Dr. Aliff tak benarkan kau buat praktikal di Al-Hayyan Group?" Luahnya dengan bersungguh-sungguh. Gadis ini menyambung lagi ceritanya.

"Jadi, hari terakhir kita di kampus hari tu, aku jumpa dengan dia dan ceritakan semuanya." Ceritanya lagi. 

Aku hanya diam sahaja saat ini. Patutlah Dr. Aliff langsung tak halang aku untuk buat praktikal di Al-Hayyan. Mungkin kerana dia simpati dengar kisah aku agaknya?Didee mengangkat kedua-dua tangannya ke sisi kepala.

"Tapi, kalau sebab perkara ni kau nak marahkan aku..aku betul-betul minta maaf. Aku tak sengaja campur urusan kau.." Lirih pula nada suara yang keluar dari mulut Didee. 

Riak muram mula memonopoli wajahnya. Aku mengerling ke arah Didee.

"Tak payahlah nak buat muka seposen." Gumamku perlahan. Sebenarnya, terharu juga ada orang yang prihatin tentang aku seperti Didee ni.

"Anyway, thanks Dee..sebab risaukan aku. Thanks juga sebab ambil berat tentang aku." Ucapku dengan ikhlas. Didee terus tersengih.

"Dah..tak payah pening-pening lagi! Kau chill je. Sekarang kau focus on Tuan Faleeq. Ingat, kau dah janji dengan Datin Sofia untuk bantu anak dia tu?" Soalnya sambil mengenyitkan mata. Haaa! Kemurungan aku jadinya!

"Sebut tentang Datin Sofia, dia kasi cookies kat kita, Dee. Aku ingatkan Datin Sofia tu sombong..rupanya baik sangat." Luahku pada Didee sambil mencapai beg kertas yang masih terletak elok di atas meja.

"Datin tu nampak tegas tapi betul cakap kau, baik sangat orangnya." Sokong Didee sambil merenung ke arahku.

3 plastik jernih berisi cookies aku keluarkan saat ini. Nampak sangat menyelerakan biskut-biskut ni! Bungkusannya pun comel sangat. Siap diikat dengan riben lagi di bahagian atasnya. Aku membaca perisa yang tertera pada bungkusan-bungkusan cookies ini. Ada macademia nuts, ada chocolate chips dan ada juga pecan and raisins. Yummy!

"Makanlah Dee." Pelawaku pada Didee. Benda-benda manis ni manalah larat nak habiskan seorang diri.

Tangan mencapai beg kertas. Niat di hati ingin melipatnya namun tersentak aku apabila terpandangkan ke arah sampul putih yang berada di dalam beg kertas ini.

"Apa pulak ni?" Soalku sambil mengeluarkan sampul tersebut. Memang tak sedap hati sebab rasa macam berat jugak kandungan sampul ni. Bukan surat atau kertas biasa! Didee hanya memerhati sahaja dengan riak suspense di wajah.

"Aku cepat-cepat membuka sampul di tangan. Sekali lagi aku tergamam. Ada beberapa ikatan duit RM 50 di dalam sampul ini. Terus aku menutupnya kembali.

"Apa benda dalam tu? Bagitahu la cepat? Surat cinta ke? Suspense dah ni!" Gesa Didee.

"Dee..ada duit dalam sampul ni." Ucapku. Didee nampak terpempan jugak. Lambat-lambat dia bersuara.

"Mungkin Datin Sofia tak sedar agaknya dia letakkan sampul kat dalam tu.." Komen Didee. Pantas aku menganggukkan kepala, tanda bersetuju dengan tekaannya.

"Takpe, biar aku pulangkan." Ucapku dan aku mula bangun dari kerusi.

Tak berani nak simpan duit orang lama-lama. Datin Sofia pasti risau dan tercari-cari ke mana hilangnya sampul berisi duit ini. 

 BAB 18


Lega rasanya hati apabila mengenangkan sampul berisi duit itu akan aku kembalikan kepada pemiliknya sebentar lagi. Nak pulangkan semalam, Datin Sofia pula sudah pulang ke rumahnya. Sudahnya dia menghantar sistem pesanan ringkas dan mengajak aku berjumpanya di sini. Nasib baik semasa buka pintu Tuan Faleeq tu lengkap berbaju!

Alunan muzik dari genre bossa nova yang sangat menenangkan menjadi halwa telinga saat aku melangkah masuk ke dalam kafe mewah ini. Konsep kafe yang agak classy membuatkan aku rasa sedikit janggal pula. Anak mata meliar ke segenap kawasan kafe sambil tercari-cari figura wanita yang selalu kelihatan anggun itu. Di mana agaknya dia? Dari jauh kelihatan seorang wanita berhijab putih  sedang melambaikan tangan sesaat kepadaku. Nampaknya Datin Sofia memilih tempat duduk di sudut kiri kafe. Lebih privasi. Pantas aku melangkah laju bersama blouse berwarna kelabu di tubuh yang aku padankan dengan jeans biru.

"Assalamualaikum, Datin Sofia." Ucapku kepada wanita yang kelihatan anggun berjubah ini.

"Waalaikumussalam." Jawabnya.

"Duduklah, Thalia." Jemputnya. Bersama senyuman manis aku pantas melabuhkan punggung di atas kerusi. Lekas-lekas tangan membuka beg tangan.Sampul putih aku keluarkan dengan cermat dan berhati-hati.

"Datin..ini sampulnya yang termasuk sekali ke dalam beg kertas tempoh hari." Ucapku sambil menghulurkan sampul di tangan kepadanya.

Datin Sofia kulihat tersenyum ke mari bersama renungan yang sedikit aneh. Lambat-lambat dia mencapai sampul di tanganku. Beg tangannya yang terdampar di atas riba dibuka dan dia memasukkan sampul tersebut ke dalamnya.

"Thank you." Ucapnya sepatah kepadaku. Bibirku menguntum senyuman.

"Don't mention it, Datin.." Ujarku. Tangan dihulurkan seakan ingin berjabat denganku pula. Makin pelik aku lihat telatahnya. Mahu tak mahu aku sambut juga huluran tangannya.

"Congratulations Thalia! You pass this test with flying colours!" Ucapnya seraya menggenggam kemas lenganku. Tergamam aku jadinya. Test apa pula ni?

"Sebenarnya, I sengaja masukkan sampul tu di dalam beg kertas tersebut tempoh hari. I just wanna see what you are going to do about it." Luahnya dengan tenang. Sungguh aku terkedu. Apakah? Mengapakah? Kenapakah? Terkebil-kebil aku merenung ke arahnya. Aku lihat dia ketawa kecil. 

"No..jangan salah faham. Look, I tak kenal you dan ini cara I untuk mengenali you..I just wanna find out what type of person you are.." Ucapnya lagi.

"Owh.." Sumpah aku tak marah cuma lidahku terkelu seribu bahasa aje. Kenapa dia nak duga dan test-test aku pulak?

"Thalia, you terasa hati ke dengan I?" Soalnya dengan serius. Pantas aku menggelengkan kepala.

"Eh..tak tak.." Kelam-kabut aku bersuara. Senyuman kupamirkan di bibir.

"Cuma saya tak tahu nak beri reaksi yang bagaimana." Jawabku dengan jujur. Datin Sofia tersenyum dan dia kemudiannya melambaikan tangan pada seorang pelayan yang lalu di sini.

"Waiter!" Suara lembutnya bergema dengan perlahan.

"Yes? Are you ready to order Datin Sofia?" Soal pelayan lelaki yang ramah ini. Nampaknya Datin selalu datang ke sini. Menu di tangan dilihatnya sekali lalu.

"Give me one strawberry Matcha Roll Cake and a cup of hot machiatto."

Pelayan di hadapan kami terus mencatatkan pesanan Datin Sofia.

"And for you Thalia?" Tanya Datin Sofia. Kini sepasang mata milik lelaki  itu memandang ke mari.

"Hot machiatto too for me." Ucapku kepada pelayan ini.

"Any dessert?" Soalnya. Aku terus membelek menu di hadapan mata. Semuanya manis-manis belaka.

"Erm..berry pie."

Pelayan itu terus tersenyum dan kemudian dia bersuara.

"Okay, 2 hot machioto, 1 strawberry matcha roll cake & 1 berry pie. Thank you."

Apabila pelayan tadi menjauhi kami, Datin Sofia membuka bicara kembali.

"So, apa yang Faleeq bualkan dengan you di taman tempoh hari?" Entah kenapa dadaku mula berdetak sedikit laju dari normal apabila mendengar pertanyaan itu.

"Er..dia marah saya selalu intai-intai dia. Dia tuduh saya sukakan dia." Luahku dengan sangat perlahan. Ketawa kecil jadinya wanita ini.

"Betul you sukakan anak I?" Soalannya ini mampu membuatkan aku cemas. Tidak mahu wanita ini salah sangka, pantas aku menggelengkan kepala.

"Eh..tak Datin. Jangan salah faham. Saya tak pernah sukakan anak Datin. Saya takde niat langsung untuk tackle dia ke apa, Datin..saya cuma anggap Tuan Faleeq sebagai majikan saya. Itu aje." Panjang lebar aku memberitahu hal sebenarnya. 

Datin Sofia masih lagi tersenyum. Dia mendekatkan sedikit wajahnya ke arahku.

"Why are you so scared? Hmm?" Soalnya. Belum sempat aku menjawab, dia menyambung kata-katanya lagi.

"I tak marah you.." Perlahan ayat itu keluar dari bibirnya. 

Nyata muzik jazz yang berkumandang sudah tidak mampu menenangkan aku.

"Apa salahnya kalau you sukakan anak I? Nothing wrong with it." Ucapnya sambil menjungkitkan kedua-dua belah bahu. Terpempan aku jadinya. Isk, Datin dah salah sangka ni.Memang aku akui dia kacak. Terlalu kacak sebenarnya. 

Ada penampilan yang menarik dan gaya yang mempesonakan. Aku sedar dia siapa maka aku tak pernah terfikir pun untuk melebih-lebih menyimpan perasaan dengannya.

"Tak..honestly Datin Sofia..saya tak pernah ada niat nak tackle Tuan Faleeq." Luahku dengan bersungguh-sungguh.

"You sudah ada boyfriend?" Soalnya serius. Terkedu aku jadinya. Tak sangka perbualan kami akan sampai ke tahap sebegini. Perlahan aku menggelengkan kepala.

"Taklah..manalah saya ada masa untuk itu semua. Sebenarnya Datin..saya bukanlah berasal dari keluarga yang kaya raya. Ayah saya askar pencen dan saya mempunyai seorang adik perempuan, Tira Amelia. Dia sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti." 

Terpaksa aku menceritakan latar belakang keluargaku saat ini. Aku tak pernah malu kerana berasal dari keluarga yang biasa-biasa seperti ini.

"What about your mom?"

Soalan ini membuatkan aku tersentak. Sejujurnya, aku sering mengelak apabila berbicara tentang ibu. Namun, terpaksa juga aku membuka mulut kali ini.

"I..ibu saya dah lama meninggal." Luahku perlahan. Berubah terus riak wajah wanita ini.

"Oh..I'm sorry Thalia. I tak bermaksud nak buat you sedih.."  Luahnya dengan rasa bersalah pula. Pantas aku menggelengkan kepala.

"No, it's okay Datin. Lama dah ibu saya meninggal. Masa saya sekolah rendah. Tapi saya ada Cik Yam, jiran di kampung. Dia anggap saya dan Tira macam anaknya sendiri."Ucapku bersama senyuman tawar di bibir. Hati, tolonglah bertabah.

 Sebolehnya aku sudah tak nak ingat kisah tu. Diam-diam aku memujuk diri sendiri saat ini.

"It must have been hard for your dad to raise you and your sister alone.." 

Mendengar sahaja kata-kata Datin Sofia yang ini, aku sudah tidak mampu menghalang air jernih yang perlahan mengisi ruang dalam mata. Pantas aku melarikan pandangan ke arah minuman yang baru sampai. Sebaik sahaja pelayan itu pergi, aku mengangkat wajah kembali.

"Yes..sebab tu saya hanya fokus kepada keluarga aje Datin Sofia. Tambah-tambah selepas ayah membuat pembedahan jantung, saya yang menanggung keluarga sebab ayah masih belum kuat untuk bekerja.." Luahku dengan tenang. 

Nampaknya, Datin Sofia sudah tahu segala-galanya tentang 
keluargaku. Perlahan dia menganggukkan kepala dengan pandangan penuh simpati.Aku lihat dia mencapai cawan kopi dan dibawanya ke bibir. Aku juga turut sama melakukan hal yang sama.

"Berkenaan Faleeq, what do you think of him?" Soalan Datin ni semuanya kategori soalan cepu mas! Boleh buat keadaan jantung aku tak stabil.

"Err..okay. Tu..Tuan Faleeq okay, Datin." Luahku. 

Dah tu, takkan nak kutuk anaknya tu kat sini pulak? Poyo! Beku! Kerek! Sombong! Angkuh! Kalaulah aku boleh list down semuanya..

"Anak I tu okay-okay aje? Itu maksud you?" Soal Datin sambil mengecilkan sedikit anak matanya. Aik, macam kecewa aje? Alamak..!

"Tak..maksud saya, dia baik..pemurah..err.." Luahku dengan bersungguh-sungguh.Hilang terus kata-kata cercaan di dalam kepala. Tapi, betul juga..sombong-sombong dia, aku tak dapat nafikan dia dah bantu aku.Datin Sofia hanya ketawa melihat gelagatku.

"Taklah I tak marah you pun. Yeah..he is a bit cold. Hanee pun dah jenuh tackle dia, taaak dapat-dapat jugak. Dulu I ingatkan Hanee yang lembab. Then baru I tahu..rupa-rupanya Hanee is not his type." Luah Datin Sofia. Kedua-dua bahunya  dijungkitkan sedikit.

"You rasa dia kacak?"

Adoi..makin seram sejuk aku jadinya? Soalan apa ni? Aku terus ketawa kecil untuk menutup keresahan di dalam hati. Belum sempat aku menjawab, Datin Sofia bersuara lagi.

"I have one important question to ask you.."

Dup!
Dap!
Dup!
Dap!

Bagai aku boleh mendengar sendiri detak jantungku saat ini.

"What is it Datin?"  Soalku dengan serius.Datin juga tidak lagi sesantai tadi. Serius wajahnya merenung ke mari.

"You betul-betul nak tolong Faleeq?"  Soalnya.
Oh..ingatkan apa. Nafas lega aku hembuskan perlahan-lahan. Kepala kuanggukkan ke arah wanita itu.

"Betul Datin. Cuma saya tak tahu bagaimana cara untuk bantu dia sahaja.." Ucapku. Bibirnya mengukir senyuman.

"Okay..I hanya perlukan pengakuan you aje.That's all" Ujarnya dengan senang hati. Entah kenapa hati aku berdebar dengan sangat teruk saat ini.

"Enjoy your dessert, Thalia." Dia bersuara sambil mengerling ke arah manisan yang berada di hadapan mata. 

Aku sekadar menganggukkan kepala. Perlahan tangan mencapai sudu saat ini bersama pelbagai persoalan di dalam kepala.Kenapa aku rasa macam baru habis sesi soal siasat aje ni? Janganlah dia tanyakan aku lagi soalan-soalan yang boleh buat aku cemas. Itu sahaja doaku dalam hati.

***


BAB 19


Tersandar aku jadinya pada dinding koridor. Buntang mata merenung ke arah jambangan bunga di dalam pelukanku saat ini. Biar betul bunga mawar merah ini adalah untuk aku? Entah-entah si Shila ni salah orang agaknya! Anak mata merenung ke arah gadis yang cantik berbaju kurung songket dari rona kuning air ini.

"Are you sure this is for me, Shila? Tak mungkinlah!" Getusku dengan sangat pelik.
Shila, pelajar dari UUM yang juga membuat latihan praktikal di sini makin lebar tersenyum.

"Kan ada tulis nama awak kat  dalam kad tu." Ujar Shila sambil menudingkan jari ke arah kad. 

Kelam-kabut aku menyelak kad yang terletak pada jambangan bunga di tangan. Betullah..nama aku tertulis kat sini. Tapi, siapa pula punya yang hantar ni? Hai! Takde ke sepatah dua ucapan? Adoi! Memang susahlah nak teka siapa yang kasi!Shila dah mula menyengetkan kepalanya ke arahku.

"Daripada secret admirer lah tu! Entah-entah  daripada boss saya, Encik Saif! Dia selalu tau tanyakan tentang awak." Bisiknya perlahan.

Terlopong aku jadinya mendengar kata-kata Shila. Dia menganggukkan kepala beberapa kali. Shila memang membuat latihan praktikal di bawah unit pemasaran. Terbayang wajah Encik Saif, si ulat bulu tu di fikiran. Rasa nak campak bunga ni dalam tong sampah pulak!  Serammm!  

"Tapi, jaga-jaga tau Thalia. Dia tu buaya tembaga. Ramai staff yang dia try..bukan awak sorang ye." Bisik Shila lagi.

Pantas aku meliarkan pandangan ke arah sekeliling. Malulah nak bawa bunga masuk pejabat! Alamak, anak mataku kini bertemu dengan  Adib pula. Cepat-cepat aku melarikan anak mata ke arah Shila semula. Baik aku masuk pejabat sekarang sebelum lelaki itu panggil aku.

"Thanks Shila. Saya pergi dulu ya." Kelam-kabut aku berkata begitu dengan jambangan bunga di tangan. Terkebil-kebil Shila jadinya. Langkah kaki aku hayun laju saat ini.

"Cik Thalia! Tunggu!"

Nyata gerak hati aku tak pernah silap. Kalau bukan untuk berjumpa dengan aku, Adib memang tak akan turun ke tingkat 17 ni! Terpaksa juga aku menoleh ke belakang. Adib tersenyum-senyum melangkah ke mari. Anak matanya berada pada jambangan bunga di tangan.

"Wow! Cik Thalia dapat bunga." Tegurnya sambil tersenyum.
Aku tahu tu mukadimah aje. Ni mesti penunggu tingkat 20 ada kirimkan pesanan untuk aku!

"Kali ini bukan Tuan Faleeq yang nak jumpa Cik Thalia tapi Dr. Aliff." Sumpah rasa nak terjatuh jambangan bunga di tanganku.

"Hah? Dr. Aliff datang?" Soalku dengan sangat serabut. Aduh, teringat kata-katanya dua hari lepas. Orang yang salah akan dihukum. Dia datang nak hukum aku ke?

"Yes, dia nak jumpa Cik Thalia sekarang jugak di pejabat Tuan Faleeq." Ujar lelaki ini. Alamak..dah la kena berjumpa di pejabat lelaki kerek tu pulak. Masalah ni!

"Cik Thalia naik dulu. Saya akan beritahu pada Puan Haslina yang pensyarah Cik Thalia datang dan perlu bertemu dengan cik." Ujar Adib. Mulalah jantung aku buat hal.Ala..risaunya!

"Adib!"

Lelaki yang sudah pun melangkah pergi itu menghentikan langkah. Pantas aku menerpa ke arahnya saat ini.

"Tolong letakkan bunga ni atas meja saya boleh?" Bunga di tangan aku berikan pada lelaki ini. Adib terus mencapainya.

"Boleh. No problem!"  Ucapnya. Jambangan bunga sudah pun berada di dalam dakapannya.

"Okay, thank you..saya naik sekarang!" Ujarku pula.

Setelah itu, aku terus melangkah dengan cemas menuju ke arah lif. Seperti biasa, aku perlu berhenti di tingkat 19 dan naik ke tingkat 20 dengan memanjat tangga. Blouse jalur-jalur berwarna merah bata yang aku padankan bersama seluar slack berwarna hitam di tubuh aku betulkan sedikit kedudukannya. Nafas berat aku hela sebelum membuka pintu kecemasan. Benar tekaanku. Mereka hanya melepak di ruang hadapan pejabat sahaja.

Kedua-dua lelaki yang mempunyai paras rupa yang menarik itu berada di atas sofa dalam keadaan yang sangat santai saat aku melangkah masuk. Galak bergelak ketawa dan bersembang. Kedua-duanya memakai baju kemeja lengan panjang berwarna biru lembut hari ini. Nampak harmoni. Cuma hati aku yang tak berapa nak harmoni! Dup dap dup dap! Cemas!

"Assalamualaikum." Ucapku dengan hati yang berdebar. Keadaan menjadi sunyi sepi apabila nampak kelibatku di sini. Dr. Aliff terus menoleh ke mari.

"Waalaikumussalam. How are you doing Thalia?" Soalnya dengan wajah yang sangat serius. Tidak ada lagi senyuman seperti tadi.

"Alhamdulillah, I am fine." Ucapku seraya merapati mereka.
Si penunggu tingkat 20 yang kerek tu pula, macam biasa..tengah tayang wajah beku dan sombong.

"Have a seat." Jemputnya tapi aku tak duduk pun. Terus aku bersuara kepada Dr. Aliff.

"Dr. Aliff, ada apa ya nak jumpa saya?" Soalku dengan gusar.
Aduh..janganlah dia bahasakan aku atau bebelkan aku di hadapan si CEO poyo ni.

"Nothing..just nak tahu apa yang kamu dah belajar dalam seminggu ni.." Ucapnya dengan wajah yang serius. Macam banyak aje kena cerita. Aku terus melabuhkan punggung di atas sofa yang kosong.

"Owh..setakat ni saya banyak buat "vouching" je Dr. Aliff. Saya juga belajar buat kerja-kerja pejabat seperti "filing", menggunakan mesin fotostat, belajar cara gunakan fax dan lain-lain lagi. Selain itu, saya juga akan menyertai seminar yang akan berlangsung di Bayu Resort nanti.." Aku membuka cerita. Kedua-dua mata mereka berada di wajahku. Tak selesanya!

"Lagi?" Soal Dr. Aliff sambil membetulkan kaca mata di wajahnya.

Lagi? Terdiam sekejap aku jadinya. Hai, baru seminggu kan aku bekerja di sini? Tak cukup lagi ke aktiviti-aktiviti yang aku lakukan tu? Berkerut-kerut wajahku bersama otak yang bekerja keras.

Apa lagi ek? Tuan Faleeq hanya merenung wajahku dengan tajam. Macam nak makan orang je. Tak puas hati kes aku mengintainya dua hari lepaslah tu.

"Erm..ha!" Aku memetik jari. Aku lihat Dr. Alif menjungkitkan sebelah keningnya.

"Saya dengar Kak Haslina ada berbincang dengan Kak Tim.." Punyalah bersemangat aku nak bercerita dah dicantas si lelaki sejuk beku ni!

"Is that how you address your colleagues?" Soal Tuan Faleeq sambil membetulkan duduk. Sengaja nak kenakan aku lah tu!

"Sorry..I mean, Puan Haslina ada berbincang dengan Puan Tim.."
Sekali lagi dia mencantas.

"You don't even know our Human Resource Manager's full name?" Soalnya dengan tegas. Aduhhh..masalah betullah! Apa ek nama Kak Tim? Tim & jerry? Eh, tu Tom & Jerry! Ya ampun...kenapa dengan otak aku ni! Mana ada masa nak buat lawak Thalia oi!

"Er..saya tahu, Tuan Faleeq..tapi saya lupa." Ucapku sambil mengerutkan dahi. Penat otak bekerja untuk mengingati nama Kak Tim. Fatimah? Eh bukan...Hatimah? Syamimah? Syatimah? Yes..Syatimah!Alamak, mesti kurang markah aku ni. Sengaja kan Tuan Faleeq ni? Nyampah betul!

"Don't be too hard on my student, Faleeq.." Lembut teguran itu keluar dari mulut Dr. Alif membuatkan aku terdiam. 

Tuan Faleeq pula mengenyitkan sebelah mata pada Dr. Aliff. Kenapa jantung aku pula yang berdetak kencang? Padahal dia bukannya kenyit ke sini pun! Akhirnya mereka sama-sama ketawa kecil saat ini. Dorang ni gelakkan aku ke apa?Kurang asam!

"S..saya dah ingat nama Puan Tim." Luahku dengan kelam-kabut.

"Puan Haslina ada berbincang dengan HR Manager, Puan Syatimah yang mereka bercadang untuk hantar saya pergi training." Ucapku.

"Training apa tu?" Soalnya serius.

"Training on accounting standards."

Aku lihat Dr. Aliff menganggukkan kepalanya berkali-kali.

"Wow..that's good.." Komennya. Aku juga turut sama menganggukkan kepala.

"Yang seminar di Bayu Resort tu tentang GST Implementation right?" Soal Dr. Aliff lagi. Aku mengiyakannya.

"Yes, Dr. Aliff."
Pensyarahku itu terus membetulkan duduknya.

"Saya juga akan hadir seminar tu." Ucapnya. Aku hanya mendengar sahaja.

"Oh.."
Aku lihat Dr. Aliff menoleh ke arah Tuan Faleeq. Bahu lelaki itu ditepuknya lembut.

"Faleeq..kau sepatutnya pergi kan kalau ikut jadual asal? But it's okay bro,.." Belum pun lengkap ayat itu, Tuan Faleeq terus bersuara seraya membetulkan tali lehernya.

"What do you mean aku sepatutnya pergi? Memanglah aku akan pergi!" Tegas kata-kata yang keluar itu. Diam-diam aku kasihan pula dengan dia. Pasti dia rasa tercabar kan?

"But.." Dr. Aliff seperti ingin katakan sesuatu tetapi Tuan Faliq terlebih dahulu menepuk bahu kawannya pula.

"Hey, don't worry about me. I am fine now, Aliff!" Ujarnya. Dr. Alifff kulihat menganggukkan kepalanya beberapa kali sambil merenung ke arah kawannya itu.

"Alhamdulillah good to hear that." Ujar pensyarahku itu dengan wajah yang sedikit blur. Aku memang dah tak selesa ni.

"Ada apa-apa lagi ke Dr. Aliff? Kalau takde, saya pergi dulu?" Aku terus meminta diri. Dia terus bangun.

"Yes you can go now. I'll wait for you at the lobby at 1pm." Ucapnya.Tersentak aku. Aku sempat mengerling ke arah Tuan Faleeq.

"Err..1pm? For what?" Soalku takut-takut.

"I have something to discuss with you over lunch." Jawabnya. 
Isk, discuss kat sini tak boleh ke?

"O..okay. " Mahu tak mahu aku menganggukkan kepala.
 Aku lihat Tuan Faleeq juga turut sama bangun. Dr. Aliff terus menoleh ke arah rakannya.

"Okay I have to go now, Faleeq. Aku ada urusan di bank." Ujarnya.

"Alright! Thanks for dropping by, Aliff!" Ucap Tuan Faleeq pula sambil mengangguk kecil. 

Mereka sama-sama bergerak ke arah pintu kecemasan. Aku pula hanya merenung dengan rasa susah hati yang menggunung. Apa yang Dr. Aliff nak bincangkan dengan aku nanti? Tentang hukuman yang perlu aku terima kerana selalu lewat ke kelas semester lepas ke? Sebaik sahaja kelibat Tuan Faleeq hilang di sebalik pintu kecemasan, aku terus melangkah laju ke arah pintu tersebut. Tapi, lelaki yang sudah pun menoleh ke mari itu menghadang laluanku dengan sebelah tangannya.

"Hey hey.."

Nasib baik kaki aku sempat brek. Wajah aku dongakkan dengan penuh tanda tanya di wajah. Dah kenapa dengan kau ni?



"Who says you can go? Hm?" Soalnya dengan serius. Benci betul!

"Hah?" Aku buat muka pelik. What kind of question is that, Tuan Faleeq oi?? Nak minta aku belikan makanan ke apa ni? Hati ni masih geram lagi dengan kes tadi. Boleh dia bahasakan aku depan Dr. Aliff?!

"I thought I belong to financial unit? No?" Soalku buat-buat bodoh. Geram! Dia mengecilkan anak matanya sedikit.
"Why are you so sarcastic?" Soalnya pula dengan tidak puas hati. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Aku terus menarik nafas dalam-dalam. 

"Tuan Faleeq ni..kuranglah markah praktikal saya! Isk..cubalah puji-puji saya sikit depan Dr. Alif tu..Dr Aliff tu dah la kedekut markah!" Ha, terhambur terus segala yang aku simpan dalam hati. Aku lihat lelaki ini mendongakkan kepalanya ke atas sedikit. Kemudian, dengan wajah yang sinis dia merenung ke arahku.

"Do you like him?" Soalnya tiba-tiba. Soalan gila apa ni?

"He is my lecturer..tak pernah terfikir pun." Gumamku dengan perlahan. Penyibuk juga nak ambil tahu apa ada dalam hati aku dia ni. Oh, time aku sibuk hal dia, tak boleh pula?

"Text him. Kau tak boleh keluar at 1 pm because you have to attend an urgent meeting at 12 pm later." Arahnya. Apa ni?

"Bukankah 1 pm tu waktu rehat? Dan bila pula saya ada meeting hari ni?" Soalku dengan sangat terkejut.

"Lunch dianjakkan ke 2.15 pm." Ucapnya dengan selamba sambil melangkah ke arah pejabatnya. Terus aku mengekori jejak langkah lelaki itu.

"Tapi, meeting apa yang saya perlu hadir? Puan Haslina tak beritahu saya pun? " Soalku bertalu-talu. Pelik aku jadinya. Tuan Faleeq menghentikan langkahnya. Tubuh dipalingkan ke arahku dengan wajah yang serius.

"I have a meeting with marketing unit afterwards. You have to join." Arahnya dengan sangat tegas sambil menudingkan jari ke arahku sesaat. Sah dia ni dah terlupa ni..

"Why must I? I belong to financial unit, Tuan Faleeq..not marketing unit." Beritahuku dengan bersungguh-sungguh. 

Dia menyandarkan tubuhnya pada dinding pintu saat ini sambil merenung ke arahku. Aku pula terkebil-kebil merenung ke arahnya kembali.

"Habis tu..sampai bila nak buat vouching? This is the time for you to expand your knowledge." Luahnya. Aku pula hilang kata-kata. Dalam hati dah mula mengiyakan apa yang dikatanya.

"I will include your name in some of the events later. Just untuk event tertentu, kau join marketing unit.  Other than that, you will stay in financial unit." Terangnya dengan bersungguh-sungguh.

"Tapi apa kata Kak Has? Eh, Puan Haslina.." Soalku dengan sedikit bimbang.

"Aku akan cakap dengan penyelia kau nanti. Be here at 12 pm sharp!" Putusnya dengan selamba.

"O..okay." Aku hanya menganggukkan kepala. 

Aduh..terpaksa rehat lewat hari ni. Jangan makanan habis 
dah lah nanti. Maklumlah, pukul 12 pm  lagi ramai yang dah serbu kafe dan restoren di kawasan ini.

"In case you're wondering..makanan akan disediakan ketika meeting."

Aik, macam dia tahu pula aku tengah fikir tentang makan. Bersinar mataku merenung ke arahnya.

"F.O.C." Ujarnya lagi yang terus memulas tombol pada pintu bilik pejabatnya.

"Seriously?" Soalku dengan riang ria. Jimat duit aku! Dah tu tak payah makan seorang. Sebelum dia melangkah masuk ke dalam, sempat lagi dia bahasakan aku.

"Aku tahu kau memang suka benda free."

Pintu terus ditutupnya saat ini.Mati senyuman di bibir. Berapi terus otak aku. Dia ni, tak boleh agaknya kalau tak buat aku marah? Sebelah kaki aku hentakkan dengan geram saat ini.

"Isk! kurang asam betul..." Omelku dengan geram.Tubuh terus kupalingkan dan aku mula  melangkah  untuk keluar dari sini dengan kepala yang kusut. Terpaksalah aku kirim sms kepada Dr. Aliff sebentar lagi. Nak buat macam mana kan? Tuntutan tugas perlu didahulukan.

***
Jumpa lagi di bab 20 :D

Assalamualaikum semua :) terima kasih kepada semua yang sudi baca karya ini :) semua komen boleh diberikan di grup Facebook : BILA SURI RYANA MENAIP :) thank youuuu :D